ideas

Read at your own will...

Ur comments n views r highly appreciated...

Sunday, May 1, 2011

COPY & PASTE

Racism issue??? 
Kita berbalik kepada sejarah. Bangsa Melayu adalah bangsa yang hebat, yang celik. Tatkala wanita melayu sudah lali dengan segala jenis bau-bauan dan wangi-wangian (perfumes), wanita di Portugal masih masam ketiaknya. Bahasa kita pernah menjadi bahasa lingua franca pada suatu waktu dulu. Maka, mengapa hari ini, saat ini, dewasa ini, kita disogokkan dengan istilah melayu bodoh? melayu malas? janji melayu? masa melayu?
Tidak dinafikan, bukan semua Melayu begitu, malah tidak juga dinafikan adakalanya orang Melayu lebih hebat daripada bangsa lain (tiada niat untuk mewujudkan isu perkauman). Tetapi, penjajahan telah mengelabui mata bangsa kita, penjajahan telah mempengaruhi pemikiran dan sistem serta nilai hidup kita. Cerita-cerita rakyat seperti Pak Pandir (memaparkan watak Melayu yang bodoh), Angan-angan Mat Jenin (memaparkan watak Melayu yang suka berangan-angan kosong), Lebai Malang (memaparkan watak Melayu yang tamak) disogokkan kepada anak-anak Melayu kita menjadi suatu cerita yang mesti dibaca dan didengari. Menjadi suatu cerita dan intipati dalam sistem pendidikan kita. Juga perlu kita ingat bahawa sistem pendidikan kita hari ini dasarnya adalah penjajahan British pada suatu masa dulu. Saya tidak skeptikal untuk meletakkan kesalahan 100% kepada penjajahan British, tetapi apa yang ingin saya sampaikan ialah pengaruh penjajahan di Tanah Melayu sedikit sebanyak menyumbang kepada apa yang berlaku sekarang. Bangsa Melayu bukanlah bangsa pemalas yang dikatakan kebanyakan orang Melayu itu sendiri. Bangsa Melayu pernah menjadi hebat, dan dewasa ini pun bangsa Melayu ada yang menjadi hebat. Hentikanlah skeptikal dan kebiasaan yang berlaku ini, lantas mari sama-sama kita merenung dan berfikir sejarah yang telah tertulis. Bukan untuk memandangkan ke belakang tetapi untuk kita melangkah ke hadapan. Sesiapa yang melupai sejarah, ia akan mengulanginya. 


I WAS READING ANWARHADI's BLOG [AGAIN!] n i found dis comment from a girl name Nadia. I agree with her 100%! Have u wondered bout this? I know i did n i will do in the future...

No comments: